1:
Berapa yuran pendaftaran?
J: Pendaftaran
adalah percuma, tiada bayaran.
2:
Topup ada 24 jam ke?
J: Topup untuk
Maxis dan Celcom ada 24 jam.
Walaupun 24 jam, tetapi proses topup bergantung juga kepada availability Admin.
Sila lihat status Admin di Support by YM. Admin perlukan tidur juga! :) Ini
kerana proses topup dibuat secara manual ke server E-system.
3:
Takde jual topup kad fizikal ke?
J: Tiada.
4:
Ada jual topup pakai pin tak?
J: Tiada. Tetapi
untuk masa-masa tertentu akan dijual di Special Sales di menu user.
5: Ada program affiliate tak?
J: Tiada. Konsep Flexireload adalah kedai prepaid online bukannya MLM.
6:
Berapa minimum nak deposit duit dalam akaun?
J: Tiada nilai
minimum dan maksimum. Anda digalakkan untuk deposit dalam jumlah yang besar
untuk memudahkan proses topup anda di masa hadapan. Anda boleh semak baki duit
anda di laman ahli.
7:
Request topup saya dalam laman ahli bertulis "Delivered", tapi kredit saya tak
ditambah pun?
J: Sila email Admin
dan kes anda akan disiasat. Ianya akan mengambil masa beberapa hari. Dimaklumkan
bahawa kes seperti ini jarang berlaku.
8: Request
topup saya dalam laman ahli bertulis "Failed", tapi balance saya dah ditolak
selepas pembelian?
J: Ini berlaku
disebabkan beberapa perkara seperti maklumat tidak lengkap. Wang anda akan
dikembalikan ke dalam baki dalam kes ini.
9: Baki
duit saya dalam akaun FlexiReload boleh transfer balik ke akaun bank saya tak?
J: Selepas wang
anda telah didepositkan ke dalam akaun Admin, wang tersebut tidak boleh
ditransfer ke akaun anda semula. Harap maaf. Sila gunakan baki wang anda sampai
habis.
10:
Boleh daftar lebih dari satu akaun?
J: Boleh selagi
anda mempunyai email yang sah untuk setiap akaun. Email yang telah didaftarkan
di FlexiReload.com tidak boleh digunakan semula untuk pendaftaran akaun lain.
11: Saya ada
2 akaun di FlexiReload.com, boleh ke kalau saya transfer baki wang dari satu
akaun ke akaun yang lain?
J: Tidak boleh.
12: Saya ada 2 no. telefon tapi di FlexiReload.com hanya sediakan satu no telefon di butiran peribadi, macam mana ye?
J: Sila pilih satu sahaja untuk diletakkan di butiran peribadi, tak letak pun takpa, tidak diwajipkan. Jadi tidak timbul masalah kerana anda ada 2 no. telefon.
13: Boleh percaya ke semua ni, takut la nak deposit duit.
J: Terpulang, sama mahu percaya atau tidak. Kami cuma memberi satu lagi pilihan kepada peniaga/pengguna prepaid untuk membeli secara murah. Kami tidak akan memaksa anda.
14: Kalau ada masalah boleh call atau SMS Admin tak?
J: Boleh tetapi dengan syarat, soalan atau masalah anda tidak tercatat di FAQ, Guide atau Terms. SILA BACA KESEMUA MAKLUMAT YANG ADA DI LAMAN WEB SEBELUM ANDA CONTACT ADMIN. (Penatlah nak terangkan kepada ramai orang benda yang sama, padahal kesemua info ada di laman web)
15: Mana nak dapat ID No?
J: Hanya ahli berdaftar sahaja mempunyai ID No. Ianya tertera di My Account
16: Saya ada request topup melalui SMS, kredit dapat, tapi baki tidak ditolak. Kenapa?
J: Baki anda akan dikemaskini 2 kali sehari jika anda membeli topup melalui SMS, iaitu tengah malam dan petang.
17: Saya ada deposit duit, tapi senyap je. Kenapa?
J: Selepas anda mendeposit duit, Admin akan memeriksa akaun Admin, dan selepas deposit diiktiraf barulah akaun anda akan ditambah duit. Perlu diingatkan, anda akan menerima email confirmation dari FlexiReload mengenai deposit anda yang telah berjaya. Sila periksa email anda dan baki anda di laman web.
18: Mengapa tiada SMS confirmation untuk pembelian yang berjaya atau deposit dah berjaya?
J: No telefon yang diberi ialah no telefon peribadi, bukannya no server. Lagipun servis ini adalah percuma, bukannya berbayar.
HANYA SMS SAHAJA DIBENARKAN. SMS ANDA AKAN DIBALAS, JANGAN RISAU! |